Sejarah ringkas Tuan Guru Hj Mohd Zain Bin Abdul Rahman dan Penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al Islamiah Sungai Bakap
Haji Mohd Zain bin Hj Abdul Rahman adalah anak kelahiran Kampung Paya Semambu Relau,Kedah. Ayahnya Hj Abdul Rahman Iteng seorang imam yang disegani di kampung Relau. Ketika kecil beliau belajar Al-Quran dan asas ilmu agama dari ayahnya sendiri. Atas sifat tegas ayahnya yang lebih dikenali sebagai Cai Abdul Rahman, beliau dapat mengkhatam Al-quran dan memahami selok belok ilmu islam dalam masa yang singkat
Beliau kemudian dihantar mendalami agama di Pondok Kamoung Pulau Pisang, Jitra, Kedah. beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulamak di sana hingga alim. (guru-gurunya tidak diketahui namanya)
sekitar tahun dua puluhan beliau berhijrah ke kmapung Batu 9 Paya Rumput Daerah Alor Gajah Melaka. Disana beliau membantu mengajar dengan Tuan Guru Hjai Abdul Wahid yang telah menjadi mertua kepada(yahya) salah seorang adik lelakinya.
Berkat pertolongan dan kemurahan hati sebuah keluarga hartawan dari kampung 300 Kaki Relau iaitu Puan Hajjah Rabeah Binti Penghulu Abdul Hamid dan suaminya Tuan Haji Othman (Hj.Tan) serta Hajjah Aminah Binti Penghulu Abdul Hamid dan suaminya Haji Saad Bin Adbul, mereka telah mewakafkan sebidang tanah berhampiran stesen Kereta Api Sungai Bakap untuk dijadikan surau dan perkampungan pondok Madrasah Ad-Diniah Az Zainiah (nama asal ketika itu)
Mendengar verita bahawa Hj Mohd Zain akan pulang dari melaka untuk membuka pondok baru, mendorong seorang lagi hartawan sungai bakap, iaitu Datuk Mohd Noh mewakafkan rumah besar beliau untuk dijadikan rumah tuan guru. Orang ramai pun mula bergotong royong memindahkan rumah tersebut ke tapak Madrasah Ad-Diniah
pada peringkat awalnya Madrasah Ad-diniah merupakan pusat pengajian agama sistem pondok sahaja. Selain dari pusat pengajian agama murid-murid digalakkan membuat kerja kerja amal. Mereka juga memiliki sebuah koperasi pondok secara kedai runcit.
pada tahun 1947 sekolah ini telah bergabung dengan Sekolah Arab yang dipimpin oleh Al Marhum Tuan sheikh hassan al'Adawi. Sistem pengajianya ditambah kepada sistem kelas iaitu peringkat Ibtida-i hingga Thanawi dengan menitik beratkan mata pengajaran Bahasa Arab.
Pada tahun 2008 Ad-Diniah telah meningkat ke bangunan baru dan dinamakan Sekolah Menengah Islam Ad-diniah di jalan Sungai Rambai, Sungai Duri, Sungai Jawi 14200 Sungai Bakap. Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan